> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Tuesday, January 4, 2011

KIK - Kolej Islam Klang

KIK sudah malap. Kalau dulu...KIK cukup mengagumkan dari pencapaian sekolahnya, kepandaian muridnya dan beza warna baju pelajarnya. Mereka berbatik biru.. kami kain kusam putih yang kadang-kadang kuning-kuning rupanya.
KIK sudah melepasi fasa musim tingginya....dan perlahan-lahan menurun setakat demi setakat dari puncaknya. Sudah lama tidak kedengaran produk KIK menempatkan diri di muka depan akhbar waktu keluar result' periksa.

KIK patah gigi.
KIK sudah kusam
KIK macam tiang lampu depan Jalan RAJA JUMAAT ni.
KIK dah berkarat.

Ada sesiapa yang punya polish untuk sekolah ini......?
Kalau Mak aku percaya aku boleh basuh baju sendiri....
Aku mungkin menjadi sebahagian warganegaranya satu masa dulu.
Awek KIK cadangan calon isteri
Awek Convent pilihan awek sosial
Awek MGS...ahaks pown ok jugak...
kekekeke...
KLANG indah di zaman sekolah.

99,981

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...