> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Saturday, December 11, 2010

SEJARAH KLANG

Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.

*** p/s Admin:
     Sumbernya bukan primer, lokaliti dari sumber-sumber sekunder dan lisan. Sebab.. tiada satu pun warisan Sri Vijaya yang kekal hatta barangan, warisan budaya dan nama-namanya. Setakat ini, pegangannya...KLANG itu berpandukan  susur galur fakta ini. Namun, sejarah tidak pernah menipu cuma kita sahaja yang barangkali terlupa dan salah mencatatnya.  Kita kumpulkan lagi...mungkin lebih banyak ungkapan sejarah soroknya terbongkar seandainya PROJEK MENDALAMKAN SUNGAI KLANG bermula. 
Pasti ada kajian-kajian baru dan penemuan dari dalam RATUSAN tahun isi perut Sg Puaka ini. "Sungai PUAKA SAMPAH" Ahaks...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...