> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Sunday, January 9, 2011

Bila Kita Belum Kaya... Kayakan lah Diri Kita..

Hari ini Mahu keluar sedikit dari bingkai gambar. Pada mana-mana individu yang merasakan berlebih-lebihan lah pula akan duit dipoket. Apa kata pakat-pakat bantu anak-anak ni nak jadi tahfiz Al-Quran. Sedikit sumbangan untuk jariah panjang, saham hingga hujung dunia. Hujung dunia tu... selagi belum hancur dunia ni... jauh lagi tu. Mewakili Saudara Saya dari PPADK, Aku menyeru Semua Jajahan Klanglocapic menyumbang seikhlas hati dan semampu kita untuk cita-cita membina akademik pengajian ini. Terima Kasih...
Salam Tahfiz. Salam CAsh Deposit...
10 henGget pown nak kira... huh...!!  

Rayuan Derma Pembangunan Darul Kautsar

Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar (PPADK) kini sedang dalam proses pembinaan blok Akademik di Kuchelong, Bachok. Pembinaan untuk fasa ini adalah dalam ini adalah peringkat akhir tetapi masih memerlukan sumbangan kewangan lebih kurang RM60K.

Bangunan ini perlu disiapkan dengan segera kerana 2 rumah sewa yang sedang digunakan sekarang telah diminta oleh pemiliknya untuk dikosong pada hujung tahun ini. Ini bermakna ia perlu disiapkan selewat-lewatnya pada bulan depan iaitu Jan 2010 sekiranya pemilik memberi kelonggaran untuk mengosongkan rumah berkenaan pada bulan hadapan.

Di samping itu, lebih kurang RM20K juga diperlukan untuk menyiapkan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan terutamanya rumah sewa untuk asrama siswi.

Sumbangan dalam bentuk tunai atau bahan-bahan binaan amat-amat diperlukan. Pembangunan Kompleks PPADK ini bergantung sepenuhnya atas sumbangan orang ramai.
1) Akaun Bank Islam (M) Bhd
Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong
No. Akaun: 030-180100875-82

2) Maybank Islamic
Nama: Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar
No. Akaun: 553038014278

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL KAUTSAR
Lot 1496/1497 Taman Sri Demit, Jalan HUSM, Kubang Kerian, 16150, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Tel : 09 764 7875 (Pejabat)
013-974 8156 (Ust Zakaria)
013-927 0065 (Hj.Mat Sidek)
012- 954 8461 (Ust Nasim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...