> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Sunday, December 12, 2010

ol'old'tua

Kalau di Saigon, Batam, Pak Pong dan celah-celah Bangkok.
Bangunan sebegini tinggi tarikan seksualnya.
Semakin usang rupanya...maka semakin berpengalaman bangunan itu
mencatat kisah-kisah jantan gampang dan wanita jalang yang lemas dan hilang.
Klang juga punya lorong seksinya tersendiri.
Auww...!!
Namun, ini bukanlah bangunan seumpamanya walaupun rupa ngerinya hampir sama.

:: Dari Balai polis Klang menyusur ke bawah jambatan untuk ber"komuter".
Toleh ke kiri untuk mendasari dinding-dinding kerepot ini.
Selamat berkerepot.

99,982

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...