> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Sunday, March 20, 2011

KLANG Bakal Tenggelam

Aku pernah baca, ada beberapa hotspot dalam dunia ni yang bakal tenggelam kerana kenaikan paras air laut dunia sebab pencairan iceberg kat kutub sana. Pulau-pulau kecil kat Pacific dan Laut Hindi banyak yang babai...sebab fenomena ni. Boleh panggil fenomena ker... kalau salah dari kita sendiri ? Ahaks...

Banyak tanah-tanah rendah dan negara kepulauan bakal hilang separuh daratan mereka kelak. Aku rasa... ramai yang pernah terbaca tentang ramalan saintis Indonesia yang Kepulauan Jawa bakal lenyap dari peta dunia.

Semalam, Klang kenaikan air.
Zon memancing yang biasanya sesayup mata, kali ini naik melebihi paras biasa. Bawah jambatan Pulau Indah sudah hampir paras airnya menenggelamkan tapak tiang. Laguna Park memandikan tebing tangga ke paras platform. Tanjung...mungkin begitu juga barangkali. Apatah lagi Jeram, Bagan Lalang dan lain-lain kawasan memancing yang biasa aku melempek berjam2 walaupun tak pernah dapat ikan.

Semalam memang havoc. Ada tayar kereta sudah tenggelam satu skru tayarnya menanti masa terapung.
Semalam jarak bulan menghampiri bumi pada kadar paling rapat. Graviti bulan mempengaruhi pasang surut air. Semakin hampir bulan...semakin tinggi paras air laut. Barang kali juga semakin menggeletar isi magma merapatkan kembali plat-plat bumi di Jepun yang masih belum stabil.

Masih menanti...pasti ada gempa bumi susulan. Pasti ada tsunami beberapa jam selepasnya...
Pasti ada komen bangang lagi sebab design tak ikut Green design. Adoi.....!!!

Tuesday, March 15, 2011

Kg Delek - Jalan Sg Udang

Jalan ini bertepatan arah naik dan turun mataharinya. Vitamin pagi hari Karbon monoksida petang hari. 
Sephia romantis, mungkin ini rupa tahun 70'an nya.... mungkin......
Lama Klang tak hujan. Melayan hujan masuk amaran mesej, ini hujan asid.
 Saya sudah separuh kuyup waktu itu. Separuh radioaktif dalam khabar anginnya. 
Jalan ini nyawa roda Klang Banting. Jalan cari jodoh kalau sempat berbual dengan ehem-ehemnya.
99,879

Tuesday, March 1, 2011

Klang di Aperatur (Dedahan)

Bombay

Toman

Hagia Sophia
  Klang didedahan tinggi. Dalam undang-undang kamera, prinsip ini membuka selama mana ruang lensa untuk mencerap cahaya masuk ke dalam prisma untuk dipindahkan ke memori plat kamera. Jika dulu, pindahannya kepada filem, hari ini pindahan imejnya ke dalam papan litar memori.
 
Jika di zaman konvensional, ini selayaknya diiktiraf sebagai gambar rosak. Gambar membazir filem. Gambar goyang begini menggambarkan kelemahan di pemotret menetapkan subjek dan suasananya. Bagi, fasa digital gambar begini boleh jadi konotasi dan prinsip ujikaji. Pilihan suasana dan masa memotretnya sudah bukan lagi pembaziran.

Digital tidak memerlukan keseimbangan konvensional lalu. Tanpa tripod, mereka boleh menjadi penangkap cahaya yang nampak bijak dan menarik kerjanya.

Klang dalam dedahan tinggi adalah Klang yang sibuk dan sesak cahaya malamnya. Cahaya membanjiri tanahnya. Sukar mencari kegelapan di Klang hari ini. Menyoroklah di mana sahaja pada malamnya, pasti terlihat cahaya dari Klang dan penghuninya.

Dari dedahan lamanya... Klang dicerap penuh serabut.
Inilah Klang di Aperatur.
Kelam Kabut siang malam. Tajuknya..
Saya letakkan sesedap rasa kerana Klang sudah tiada rasa.
RASA Gelap.

Script Chromatic

Free Stroke

Blind Site

How cool Ya... My vote goes to this one.. I'm voting this : Luca De'champ

Trivia

Mic'Apple - Maple
99, 883

<O/ AWAS.. dedahan kerap dan menuju terus kepada cahaya boleh memusnah dan mengurangkan daya tahan kamera anda. Jangan buat selalu. Kadang-kadang x per...lalala hahahaha..
Rosak sendiri bikinlah yer...

Rabok Bay - Kolam Roti Gardenia

Sekarang masuklah waktu Solat Maghrib bagi kawasan Jalan Kebun dan Rabok Bay khususnya.

Lebih Gelap..lebih banyak dan LEbih haru nyamuknya.

Dari dalam air nampak cantik tandasnya...

Ahha...minta maaf.. ini bukan kolam pilihan kalau khemah karaoke mula operasi.
99,892

Jalan Kebun Jalan Yang Ghairah

Tenang tapi Ganas... Ikan takut juga..

Kenapa Saya Sayang Nikon...Kerana inilah..

Sarang burung...? Sampah..? Kapas Sangkut...? Rumah cengkerik...? Yang mana...?

Mereka masih memancing di zaman PS3.. cuma pancingnya..sudah bermesin. Pancinglah sampai lebam...
99,896

Semenjak enam belas menjak ni... Aku ketagih memancing. Semua tempat yang ada air..confirm aku singgah memancing. Termasuklah kopitiam-kopitiam... dan kolam pancing berbayar.
Mana ada air..situ aku ada... hujung minggu lah.

Terakhir kali Aku memancing di Jalan Kebun, satu dekad yang lepas. Lebih dari satu dekad kot...
Waktu tu.. masih pakai joran batang sawit dengan mata kail pelampung batang keladi.
Paling besar aku dapat..puyu besar tapak tangan.
Lepas tu... tak pernah dapat dah..

Jalan Kebun adalah panorama. Mukim ini masih banyak hijaunya walaupun semakin sesak dengan asap kenderaan.
Tidak terlalu sukar mencari zon pancing di Jalan Kebun. Kebanyakan sisi jalannya berparit besar.
Kesemuanya paritnya zon bebas pancing. Sentiasa ada sahaja pemancing melepas gian ketagih menunggu joran.
Memancing bukan lagi hobi.
Sekarang... memancing adalah terapi.
Merehatkan kepala otak yang serabut dengan garisan-garisan-garisan dan kira-kira.
Campak...tunggu.. dan rileks sahaja layan asap.

Di dalam paritnya..ada seliparku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...