> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Thursday, February 24, 2011

Satu haRi di Tadika 2

Geng Sekolah Petang. Tabika Kemas ni dah jadi DEWAN ORANG RAMAI kat Pasar Padang Jawa tu. Waktu tu masih ada Padang Bola sebelah Tadika tu. Punya lah besar....Padang tu. Tapi sebenarnya kecik jer Padang tu bila aku dah besar. Padang tu dah jadi Blok Sekolah Agama hari ni.

kiri duduk: Eddy, Ziana Iryani, tak ingat, Faezah Laily, Rosiah, Shahida, Sabrina, Suhaila, Rahimah, Wahiza, Rohani, tak ingat, Kharul Nizam.
kiri duduk kat kerusi: Ardi, Herwan, Syahid, Safari, Saiful Affendi, Kak Ipah, Kak Nor, Jeffrey, Harun, Aku yang tido, Huzaifah, Kechik.
kiri berdiri: Khairol, Helmi, Redzwan Sharif, Fitri, Saiful Fadzli, Ijan, Hazli, Shahril Jamaludin, Fadzli Dol, Khairul Izwan, tak ingat, tak ingat, Zaki, Rizal, Sadiq, Saiful Asri.

Belakang tu...tempat kita orang main tanah liat buat ubat nyamuk. Ahahahaha...  

Satu haRi di Tadika

Haha..inilah gambarnya waktu kali kedua aku melawat zoo. Sebelum tu tengok zoo dalam buku bergambar jer. MAti-mati aku ingat harimau tu kat luar. Rupanya dalam pagar batu. Sebab buku tu lukis harimau duduk bawah pokok jer... wakakakaak. First time pergi, aku naik kuda... ada gambar tapi tak ada memori. DAh tak ingat..kecik benor.
Tahun 1987- Secara langsung ke Zoo Negara rombongan tadika yang pertama kali berjalan tanpa MAK.. Yahoooo....

kiri bawah: tak ingat, Ardi rizwani, tak ingat, Yusri, tak ingat, Harun, Ziana Iryani, Sabrina, Ijan, Helmi, Safari, Rizal, Saiful Fadli, Fadzli Dol, Khairul Izwan.
Kiri berdiri: Faezah Laily, Khairul Nizam, tak ingat, tak ingat, tak ingat, Rahimah, tak ingat, Norizan, Shahril Jamaludin, Suhaila, Rosiah, Eddy, Wahiza Wazir, Kechik, Rohani, tak ingat, tak ingat, Jeffrey, Khairul, Abang pada Khairul Izwan, Fitri Ahmad, Saiful Affendi, Redzwan Sharif, Shahida, HAzly DAmanhuri, Abang pada Aifa, Shahril Shamsudin, Syahid, Aku, tak ingat, Huzaifah yang nampak topi jer.

Warga Klang yang hari ni tak tahu dah jadi warga Negara mana.... Sesiapa yang terlupa namanyatu..ingat2kan Aku balik.  

Tuesday, February 22, 2011

ASAL USUL NAMA PENDAMAR

Arakian.... maka tersebutlah kisah yang dikisahkan orang ratusan tahun dahulu. Waktu itu masih tiada lagi Facebook, blog dan kenaikan petrol melampau. Dikhabarkan orang akan aman dan damainya Klang pada masa itu. Masih tiada lembu sesat melintas di tengah jalan juga masih hutan tapak Jaya Jusco itu.

Tersebutlah kisah akan sebatang sungai yang penuh kayu bakaunya. Di bina orang pondok dan baruh untuk berteduh dari sebuah ke sebuah hingga berkampung lah akan anak-anak mereka itu dan bercucu cicitlah mereka lama sebelum PKFZ di siasat Suruhanjaya.

Amanlah sungainya tanpa sampah dan bayi hanyut kala itu. Bersih dan banyak pencarian lautnya. Dari kampung itu berkelanalah lelaki-lelakinya ke pintu laut mencari hasil untuk di bawa pulang. Di raih orang untuk ke pasar. Di tukarkan dengan beras, baju dan barang yang kira perlu oleh rumahnya.

Di katakan orang. Di sungai inilah mereka bertambat sampan dan membersih teritip. Maka, ramailah akan Tukangnya waktu itu yang mahir membaiki dan mengimbang sampan. Ada yang mahir menjahit jaring. Ada yang mahir membikin cincin jala. Ada yang mahir bertukang bagai. Namun... tiada pulalah ramai yang mahir menDAMAR kolek dan sampan.

Dari sungai itulah berpusu orang menDAMAR kolek sampan yang bocor di makan laut dan teritip. Ramai jugalah yang datang menDAMAR kayu jika berganti papan. Berpuluh tahun kolek dan sampan mereka di DAMAR orang di sini.

Itulah asalnya. Itulah namanya.

DAMAR - getah dari pokok yang diguna untuk menampal/menutup.
PENDAMAR - Tukang tampal
PENDAMARAN - Telah ditampal Tukang
    

Monday, February 21, 2011

WARTA KLANG

KLANG 22 Feb : 12.30 pm.  Maka berbondong-bondonglah warga Pasar Borong Port Klang menutupi jalan di mana berlakunya kejadian. Menurut saksi iaitu Saya yang baru sahaja pulang dari membuat IC sementara yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga mungkin bertanya pada seorang saksi lain berkata lori itu dipandu agak laju menyusur kesesakan di bawah jambatan suram itu menuju ke lampu isyarat di hadapan Bank RHB (Sila baca laju-laju ayat ini macam lori itu). Pemandu lori sudah awal-awal lagi memecut lari untuk membuat laporan di Balai Trafik Klang. Saksi kejadian iaitu Saya percaya pemandu tersebut pasti dikenakan bayaran RM 4 untuk salinan report dan gambar.
     Sepasang suami isteri berbangsa India terkorban sewaktu melintas jalan untuk ke seberang. Mungkin juga kerana tersenggol motornya (kata saksi lain yang kurang pasti). Tidak pula kelihatan motor dan serpihan topi keledar mangsa. Menurut saksi iaitu Saya, orang ramai cuma berkerumun tanpa dapat berbuat apa-apa selain daripada memberi komen dan pendapat masing-masing tentang kejadian tersebut. Beberapa orang makcik dan peniaga gerai makan Pasar Borong cuma mampu menutup mulut dan memejam mata sambil menyebut eeeeeeee beramai-ramai. Beberapa ekor macha seluar kaki besar kelihatan pulang pergi semacam sibuk ala-ala tonto. 
     Kenderaan dari arah Pulau Indah terpaksa membelok ke sisi pasar borong kerana jalan tidak boleh di lalui yang dipenuhi oleh warga Klang yang prihatin. Sementara menunggu ambulan tiba, saksi yang sama iaitu Saya cuba menenangkan salah seorang waris mangsa yang dipercayai ibu kepada wanita tersebut. Menurut saksi lagi iaitu Saya, sepatah haram tiada yang dapat difahami kerana waris mangsa menggunakan bahasa ibundanya yang berbelit-belit. Beberapa ekor macha seluar besar dan rambut highlight cuba mententeramkan waris tersebut menggunakan bahasa yang sama. Tiada saksi lain yang faham apa perbualannya termasuk apek ikan yang berdiri di sebelah saksi iaitu Saya.
      Ambulan pertama (JPA) tiba di lokasi selepas 20 minit berlaku kejadian dengan disusuli ambulan kedua Saint John disertai seorang Peronda trafik yang mula menjaga lalu lintas yang semakin sesak. Anggota trafik tersebut memakai kaca mata ala-ala Rosyam Nor dengan saiz perut agak gawat sambil bermain mata dengan beberapa gadis Indonesia yang juga menyebut eeeeeeeeeee. 
      Mayat kedua-dua mangsa di angkat ke atas pengusung dengan bantuan orang ramai selepas paramedik mengesahkan kematian mereka. Menurut saksi lagi iaitu Saya (yang terlupa membawa kamera), JPN memang hampas kerana menukar pejabat  pendaftaran lama di Terminal Bas Port Klang ke hadapan Pasar Borong Jalan Sg Aur tanpa memaklumkan kepada saya yang rabun ini. Cuma notis kecil saiz A4 di pintu lamanya. Buat lah banner JPN oi...... Kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Lighter seorang saksi iaitu SAYA tercicir pada seorang pakcik berkopiah dengan misai putih. Hmmm... beli yang barulah. 
    

Sunday, February 20, 2011

Tanjung Harapan 2

Awas..!! Lepas air pasang tebingnya boleh jadi gelongsor dan batunya licin.

Baling laut..jika mungkin dia melawan. 

Ahha...melepasi speedtrap ISO saya.

Pancing untuk hobi atau pancing untuk makan.... minyak naik juga.

Landskap petang yang berlumba agas dan bot pulang pergi. Arghhh rimas agas.
99,900

Javanese Village

Topik paling bernas untuk diskusi selain perempuan dan gossip...adalah MAKAN.
Kalau orang perempuan lebih suka cerita shopping berbanding cerita lelaki.
Kedai sempoi nampak langit. Di depan halaman rumah kampung lama.
Senarionya kereta laju lalu lalang tepi jalan besar dan layar astro yang selalu terpasang berita TV3.
Cuma di sini saya menonton berita Tv kurang sihat ini.
Menunya seperti biasa TOMYAM dan sepupu sepapatnya lah.
Apa yang mahal...cuma rasa-rasa kedainya yang lapang dan nampak langit.
Dari sebuah kedai bangsal di Kampung Jawa.
Saya beri....
A- untuk makanan
A+ untuk layanan
B- untuk kerusi meja
B+ untuk ikan bakar
dan A+ untuk habuk jalan
Itu yang kita cari.....
SELAMAT MAKAN

99,905

Tuesday, February 15, 2011

Tanjung Harapan

99,906


Jambatan Memancing Terlarang

Ini namanya uji pandu lense baru saya tanpa tripod.
Kurang gegaran dan selesa kawalan perasaan. Cuma masih kena usik2 ISO.
Adui...berpasir sikit.
Bagi warga mata kail Sekitar Klang pasti familiar mana lokasinya.
Jambatan terlarang yang sentiasa penuh dengan manusia dan joran.
Juga laluan kontena gila yang memecut macam dunia nak kiamat.

Lokasinya memang bahaya.
Andainya sesat kontena mengantuk....memang terbarai usus kami di sapu kontena sesat.

Berkereta menuju Tanjung harapan...
Di kiri kananya... ada pemancing meletak harapan juga.
Abaikan.
Aku memang SUWEY memancing
tak pernah dapat besar lebih tapak tangan.
Rezeki aku bukan kat LAUT kot...
99,909

Monday, February 14, 2011

P-E rakyat Klang

Saya suka begini
erkk



Gong Xi Fat Chai saudara roket

Woooooo........woooooooo........waaaaaaaa.......

jangan candid please...


Ini P-e"
Beliau adalah rakyat Klang.
P-E jarang menangis walaupun diguling-gulingkan seperti London Choc o Roll.
 Semakin P-E berguling semakin beliau ketawa.
P-E baru mahu mendaftar sebagai budak nestum.
Hobinya senyum, sengeh-sengeh dan bercakap sendiri.
Beliau menyukai cahaya dan warna.
Juga suka menyuap sesuatu dari tangannya ke mulut.
Jika P-E menangis gulingkan badannya untuk beliau berhenti dan ketawa.
Senyumnya Percuma.
P-E Rakyat Klang.
 Satu lagi senyuman untuk Klang.
99,911

Sunday, February 13, 2011

MAIN jambatan

Jalan kaki lebih baik
Kalau dulu...jambatan ini pasti meriah dengan warga Klang pejalan kaki
dari seberang menunggu bas untuk menanti keretapi pula.
Waktu itu, masih belum ada Sunway Pyramid,
jika mahu ke Subang Parade..melawat Butik United Color of Benetton ini jambatan wajib untuk menapak.
Hari biasanya, pasti ada saja awekS-awekS convent yang pulang sekolah melintasinya.
Ada wakil Sri Istana yang hitam, sawo matang, putih sepet dan kadang kala warna warni berjalan sama.

Jambatan ini nadi bandar Klang.
Menghubungkan bandar selatan dan bandar utaranya, berbanding jambatan di MPK.
Tiga belas tahun lalu.. harga tambangnya cuma 30sen untuk menyeberangnya dengan BAS Klang Banting.
Hari ini, sewaktu Klang semakin sepi..tiada lagi say atahu berapa kadar harganya.
Sekadar berkereta melintasinya.
Saya sudah tidak berjalan mahupun berasak di dalam bas untuk ke seberang.

*Lebih ramai warga antarabangsa yang menjadi penggunanya. Rakyat Klang sudah pelbagai...pening.
99,921

Sunday, February 6, 2011

Chic' A wing or Chicken Wing

Saya mahu makan chicken wing...ada yang mahu makan wing chic'
Kaki angkut betina dan gadis bonceng bersepah menunggang di Klang.
Seperti mana bersepahnya..gadis-gadis ini berpeleseran hingga lewat pagi.
Gadis bonceng ikon Klang.
Untungnya...sudah tidak seteruk dulu.
Masih Sosial masih berwaris...
Generasi gadis bonceng semurah harga top-up.
Alahai....Melayu.

Lagi mahal harga chicken wing.
Selamat membonceng...Awas...!! Jangan di bonceng.
Cenceng.
99,922

Galeri Di Raja Klang

Bangunan ini panjang ceritanya...
Pernah bergelar istana, ke pejabat Inggeris, ke pejabat Jepun, kepada Balai polis,
ke pejabat Majlis Bandaran dan terbiar usang..
Hari ini bercahaya sebagai Galeri pula.
Selamat datang.
Setiap hari 10 pagi ke 6 petang kecuali Ahad dan cuti umum.
Apa muatan galerinya...
Panjang mahu ditulis.
Selamat DAtang sekali lagi..

99.926

Wednesday, February 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...