Di antara Pintu sisi Masjid Jame' Sultan Sulaiman, Asrama Kolej Islam dan Susur pintas Taman Sri Andalas dari Kg Jawa. Pasti ketemu papan tanda jalan ini.
Raja Jumaat Ibni Raja Jaa'far adalah anak saudara yang kemudiannya menjadi menantu kepada Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857). Beliau juga merupakan cicit kepada Almarhum Baginda Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Kedua (1778-1826). Raja Jumaat adalah Putera Raja dari Riau. Sebelum Ah Hock towkey perabot atau Tong Siew Kerk, Kg Delek membuka gedung kereta terpakainya..atau mungkin Loke Peng towkey Hotel Murah Port Dickson melaram dengan Mercedes pintu kedap. Raja Jumaat adalah Orang Terkaya di Selangor.
Kekayaannya adalah dari perniagaan bijih timah. Perusahaan yang diterokanya dari peninggalan Raja Busu di Lukut, Port Dickson. Waktu itu LUKUT adalah tanah jajahan di bawah kekuasaan Selangor. Selepas kematian Raja Busu kerana rusuhan pekerja lombong, Raja Jumaat membuka semula lombong-lombong ini bersama saudara kandungnya Raja Abdullah. (GEDUNG RAJA ABDULLAH masih wujud sehingga hari ini terkeronyok antara kawasan balai dan rumah pangsa Polis). Dari tebing Sungai Klang bijih ini diangkat untuk disimpan di dalam gedung, di jongkongkan sebelum diniagakan ke laut lepas entah ke mana perginya ke segenap dunia. Pastinya belayar jauh ke England menaiki kapal wap dengan buruh-buruh import dari India.
Kekayaan Raja Jumaat ini cukup tersohor. Baginda melangsaikan semua hutang piutang Sultan Selangor pada waktu itu. Baginda membina Pekan Lukut menjadi sebuah Kota Metropolitan (waktu itu : dalam maksud serba serbi kemudahan) bagi penduduk dan pekerja lombong. Berbanding Raja Busu sebelumnya, Raja Jumaat berjaya meletakkan LUKUT setanding dengan Pekan Larut di Kuala Kangsar. Buruh-buruh dari China berduyun-duyun memasuki LUKUT lantaran malasnya orang-orang Melayu menghisap candu dan bersabung ayam. Maka, kekal melingkuplah orang-orang Melayu ini dengan ayam sabung yang bertahi candu berbanding buruh-buruh Cina yang sudah mampu membeli kebun dan membuka tanah-tanah kosong.
|
Almarhum Raja Jumaat Taikoon Lombong yang tetap kaya di dalam Sejarah walaupun tanpa jemputan rasmi Kerajaan Oman
|
Anak kepada Raja Jumaat iaitu RAJA BOT gagal meneruskan legasi bapanya untuk membawa LUKUT setahap lagi. Kota ini terbiar dengan lombong yang tidak terurus sebelum dipindah milik kepada pelombong Cina. Maka, berusahalah pelombong-pelombong ini membijih untuk diwariskan kepada anak cucu cicit mereka Ah Howk dan Tong Siew Kerk yang menukarnya kepada Gedung Perabot dan Jualan Kereta terpakai hari ini.
Berkelanalah Melayu-Melayu candu sabung ayam itu mewariskan SIFAT MALAS dan BEBAL kepada anak cucu mereka, yang sibuk merempit dan lari dari Polis menyusur di hadapan Jalan Raja Jumaat selepas semalaman mengganyang anak Enon Ketot beramai-ramai di Hotel Murah Yoke Peng, PORT "DICK"son meraikan Tahun Baru Orang Putih.
(Begitulah Sejarah Harus di Tulis) 99,930 |
No comments:
Post a Comment