> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Monday, January 31, 2011

Jobok

Pokok Jobok di Bukit MPK


25 tahun dulu............ Aku ngeri kalau nak melintas pokok Jobok macam ni.
Pokok berjurai yang penuh dengan akar dedalu dan paku pakis.
Menurut mitos Mak aku... pokok menumpang macam ni... pasti ada penumpangnya juga.
Samada kependudukannya sekampung, bekeluarga atau Jin solo yang suka keluar lewat petang hingga dinihari.

Waktu itu Padang Jawa sarat dengan pokok jurai rockers..begini.
Mana-mana jalan utama waktu itu pasti ada pokok Jobok.
Kadang kala bermusim kadang kala berbulan cerita-cerita momok ini keluar semuanya menjurus pada kewujudan pokok jobok. Mana-mana jembalang dan puaka Padang Jawa waktu itu...pasti beralamat di pokok jobok. Cuma... rockers pokoknya berbeza...spesis dan rupanya tetap sama. Berjurai, suram, semak dan kadang kala ada lilin pada pangkalnya.

Semakin hangat kisah momok di pokok jobok ini diperkata.
Semakin malaslah aku nak mengayuh ke kelas mengaji malam hari.
(Waktu itu) Padang Jawa masih lengang dan lapang populasi penduduknya.
Masih banyak kebun getah, semak samun, parit memancing dan pokok-pokok jobok ini.
Kereta masih boleh dikira, motor sesekali  sahaja melintas di malam hari.
Selebihnya cuma lampu basikal suram kami yang serba malap kerana dinamo yang dah berkarat.

Di pokok jobok ini, pernah popular dengan mitos pocong, langsuir pukul 1 pagi dan orang berbulu kepala anjing.
Di pangkal pokok jobok ini juga pernah popular dengan kisah kaki nombor lintang pukang dihambat orang tua bertaring kepala sebesar dulang.
Di pangkal pokok jobok ini jugalah, pernah awek kelas sebelah aku hilang di sorok hantu tetek.
Entah berapa besarlah tetek hantu ini...sampai boleh menyorokkan budak.
Di pangkal pokok jobok ini juga jiran aku menarik ular sawa sebesar tiang telefon kerana menelan ayam laganya.

Pokok Jobok, sudah lama bungkam.
Tumbang dan sudah reput dilantak semut dan anai-anai.
Tempat tegaknya sudah jadi pangsapuri, kedai Acheh, parit batu, parking kereta dan banglo anak-anak Tuan Tanah.
Seperti mana berubahnya persepsi aku tentang pokok ini.

Pokok Jobok Pokok klasik.
Semakin ganas ke"rock"esannya....
Semakin Klasiklah kisah-kisahnya.
Selamatkan Pokok Jobok.

99,928

Akta Perancang Bandar 1976 (Akta 172) Pindaan A933 memperuntukkan PBT : Pihak Berkuasa Tempatan ( Which is MPK lah...) untuk menjaga dan memelihara pokok dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. PBT boleh mengeluarkan perintah untuk mengawal penebangan pokok yang terancam dan mempunyai nilai tertentu. ::: Pokok Jobok Ada Nilai.... Jika ukur lilit pangkal di buminya lebih 0.8 meter.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...