> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Friday, January 21, 2011

Kedai Roti Jamhur

Muka Depan Senyum Kerepot


Roti adalah simbolik pada negara jajahan kuasa kolonial.
Roti bukan makanan Melayu bukan juga makanan Benggali
namun.. kemahiran dan warisannya sinonim pada nama Benggali.
Seperti sama jugalah dengan anthem kuih raya yang sebenarnya kita wariskan dari 'cookies' atau 'biscuit' minum petang towkey ladang kolonial lewat seratus tahun dahulu.

Betapa bangganya datuk nenek kita dahulu seandainya
dapat menghirup secawan teh bersama beberapa keping biskut, pai penyek dan kek bengkak sambil-sambil menyilang kaki bersama Tuan-Tuan ladang ini.
Jauh benar perasaannya berbanding kita hari ini yang saban hari berperang antara kalori dan ketagihan teh tarik.

Kedai ini sudah melebihi usia setengah abad.
Pernigaannya masih sama.
Semangatnya masih sama.
Rasanya juga masih sama.. (saya tidak tahu)
Cuma pewarisnya sudah bertukar ganti.

Sebelum kedai ini menguburkan terus resepi puluhan tahunnya.
Kelmarin, masih lagi ada roti-roti potong itu..
bukan lagi 10 sen
bukan lagi 30 sen.
bukan lagi 50 sen.
Sudah mendaki ke harga 160sen.
Masih juga murah untuk bersaing dengan roti berlabel.
Rotinya, roti tanpa label dan tanpa tarikh luput.
Kerana, memori tidak akan luput jika sentimental rasa-rasanya.
Salam Roti Ol'skool cuma di Klang.
Papan Tandanya Jawi di atas Rumi di bawah Tulisan Ah Chong lagi bawah.

Dari pagi ke 9.00 malam Roti-roti menanti.
Jamhur Legasi Jamhur sudah lama mati...Al-Fatihah
99,947

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...