> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Monday, January 31, 2011

Jobok

Pokok Jobok di Bukit MPK


25 tahun dulu............ Aku ngeri kalau nak melintas pokok Jobok macam ni.
Pokok berjurai yang penuh dengan akar dedalu dan paku pakis.
Menurut mitos Mak aku... pokok menumpang macam ni... pasti ada penumpangnya juga.
Samada kependudukannya sekampung, bekeluarga atau Jin solo yang suka keluar lewat petang hingga dinihari.

Waktu itu Padang Jawa sarat dengan pokok jurai rockers..begini.
Mana-mana jalan utama waktu itu pasti ada pokok Jobok.
Kadang kala bermusim kadang kala berbulan cerita-cerita momok ini keluar semuanya menjurus pada kewujudan pokok jobok. Mana-mana jembalang dan puaka Padang Jawa waktu itu...pasti beralamat di pokok jobok. Cuma... rockers pokoknya berbeza...spesis dan rupanya tetap sama. Berjurai, suram, semak dan kadang kala ada lilin pada pangkalnya.

Semakin hangat kisah momok di pokok jobok ini diperkata.
Semakin malaslah aku nak mengayuh ke kelas mengaji malam hari.
(Waktu itu) Padang Jawa masih lengang dan lapang populasi penduduknya.
Masih banyak kebun getah, semak samun, parit memancing dan pokok-pokok jobok ini.
Kereta masih boleh dikira, motor sesekali  sahaja melintas di malam hari.
Selebihnya cuma lampu basikal suram kami yang serba malap kerana dinamo yang dah berkarat.

Di pokok jobok ini, pernah popular dengan mitos pocong, langsuir pukul 1 pagi dan orang berbulu kepala anjing.
Di pangkal pokok jobok ini juga pernah popular dengan kisah kaki nombor lintang pukang dihambat orang tua bertaring kepala sebesar dulang.
Di pangkal pokok jobok ini jugalah, pernah awek kelas sebelah aku hilang di sorok hantu tetek.
Entah berapa besarlah tetek hantu ini...sampai boleh menyorokkan budak.
Di pangkal pokok jobok ini juga jiran aku menarik ular sawa sebesar tiang telefon kerana menelan ayam laganya.

Pokok Jobok, sudah lama bungkam.
Tumbang dan sudah reput dilantak semut dan anai-anai.
Tempat tegaknya sudah jadi pangsapuri, kedai Acheh, parit batu, parking kereta dan banglo anak-anak Tuan Tanah.
Seperti mana berubahnya persepsi aku tentang pokok ini.

Pokok Jobok Pokok klasik.
Semakin ganas ke"rock"esannya....
Semakin Klasiklah kisah-kisahnya.
Selamatkan Pokok Jobok.

99,928

Akta Perancang Bandar 1976 (Akta 172) Pindaan A933 memperuntukkan PBT : Pihak Berkuasa Tempatan ( Which is MPK lah...) untuk menjaga dan memelihara pokok dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. PBT boleh mengeluarkan perintah untuk mengawal penebangan pokok yang terancam dan mempunyai nilai tertentu. ::: Pokok Jobok Ada Nilai.... Jika ukur lilit pangkal di buminya lebih 0.8 meter.

sELAMAT bERsEMBAHYANG jUMAAt

Di antara Pintu sisi Masjid Jame' Sultan Sulaiman, Asrama Kolej Islam dan Susur pintas Taman Sri Andalas dari Kg Jawa. Pasti ketemu papan tanda jalan ini.



   Raja Jumaat Ibni Raja Jaa'far adalah anak saudara yang kemudiannya menjadi menantu kepada Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857).
Beliau juga merupakan cicit kepada Almarhum Baginda Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Kedua (1778-1826). Raja Jumaat adalah Putera Raja dari Riau. Sebelum Ah Hock towkey perabot atau Tong Siew Kerk, Kg Delek membuka gedung kereta terpakainya..atau mungkin Loke Peng towkey Hotel Murah Port Dickson melaram dengan Mercedes pintu kedap. Raja Jumaat adalah Orang Terkaya di Selangor.


Kekayaannya adalah dari perniagaan bijih timah. Perusahaan yang diterokanya dari peninggalan Raja Busu di Lukut, Port Dickson. Waktu itu LUKUT adalah tanah jajahan di bawah kekuasaan Selangor. Selepas kematian Raja Busu kerana rusuhan pekerja lombong, Raja Jumaat membuka semula lombong-lombong ini bersama saudara kandungnya Raja Abdullah. (GEDUNG RAJA ABDULLAH masih wujud sehingga hari ini terkeronyok antara kawasan balai dan rumah pangsa Polis). Dari tebing Sungai Klang bijih ini diangkat untuk disimpan di dalam gedung, di jongkongkan sebelum diniagakan ke laut lepas entah ke mana perginya ke segenap dunia. Pastinya belayar jauh ke England menaiki kapal wap dengan buruh-buruh import dari India.

Kekayaan Raja Jumaat ini cukup tersohor. Baginda melangsaikan semua hutang piutang Sultan Selangor pada waktu itu. Baginda membina Pekan Lukut menjadi sebuah Kota Metropolitan (waktu itu : dalam maksud serba serbi kemudahan) bagi penduduk dan pekerja lombong. Berbanding Raja Busu sebelumnya, Raja Jumaat berjaya meletakkan LUKUT setanding dengan Pekan Larut di Kuala Kangsar. Buruh-buruh dari China berduyun-duyun memasuki LUKUT lantaran malasnya orang-orang Melayu menghisap candu dan bersabung ayam. Maka, kekal melingkuplah orang-orang Melayu ini dengan ayam sabung yang bertahi candu berbanding buruh-buruh Cina yang sudah mampu membeli kebun dan membuka tanah-tanah kosong. 

Almarhum Raja Jumaat Taikoon Lombong yang tetap kaya
di dalam Sejarah walaupun tanpa  jemputan rasmi Kerajaan Oman

Anak kepada Raja Jumaat iaitu RAJA BOT gagal meneruskan legasi bapanya untuk membawa LUKUT setahap lagi. Kota ini terbiar dengan lombong yang tidak terurus sebelum dipindah milik kepada pelombong Cina. Maka, berusahalah pelombong-pelombong ini membijih untuk diwariskan kepada anak cucu cicit mereka Ah Howk dan Tong Siew Kerk yang menukarnya kepada Gedung Perabot dan Jualan Kereta terpakai hari ini. 

Berkelanalah Melayu-Melayu candu sabung ayam itu mewariskan SIFAT MALAS dan BEBAL kepada anak cucu mereka, yang sibuk merempit dan lari dari Polis menyusur di hadapan Jalan Raja Jumaat selepas semalaman mengganyang anak Enon Ketot beramai-ramai di Hotel Murah Yoke Peng, PORT "DICK"son meraikan Tahun Baru Orang Putih. 

(Begitulah Sejarah Harus di Tulis)      99,930

Sunday, January 30, 2011

The Missing Chapter 1

Berikut adalah rupa-rupa yang sudah pupus dan mula luput dari memori penduduk Klang.
Macam mana rupa asalnya...?

1. Great Wall Klang
2. Bus Stand Bandar Klang
3. Pasaraya GAMMA
4. Pasar Borong sebelah The Store hari ini
5. Pokok-pokok Besar di Dataran The Store hari ini
6. Siar kaki menuju Plaza Metro / Chi Liung dari jejantas
7. Jejantas Orchid Square/Mydin ke The Store
8. Stesen minyak ESSO belakang GREAT WALL
9. Skateboard park depan Institut Hafiz
10. Roller... ahaks..3x

Dondon kampungmate GAdong


Ini Dondon. Kampungmate Gadong.
Gadong yang sering sahaja rugged dengan botol susunya.
Dondon budak pemalu, hidup tanpa baju.
Kerjanya berguling atas padang dalam miang-miang lalang dan rumput kering.
Dondon, memang pemalu.
Entah sekolah entah tidak.
Tiada suara tiada kata...
DOndon memang pemalu.

Menggambar dari jarak yang terlalu jauh.
Dondon pasti lari jika kamera hampir kepadanya.
Mereka anak-anak orang asli penempatan Bukit Kemandul, Sempadan antara Klang dan Kuala Langat.
Warga Jalan Kebun pasti kenal Dondon.

Kanak-kanak lasak yang ditakuti anjinganjing jalanan.

99,931

Saturday, January 22, 2011

Gadong Kemandul

eRotic di sana... tak percaya sumbat dalam telinga..

Nama saya Gadong.. 

Friday, January 21, 2011

Apa Sudah Jadi..?









keretapi hujung nyawa

Hujung jingga adalah mula bayang. Sudah tidak relevan lagi.

Saya jarang menggambar langit. Atas dua sebab barangkali. Pertama, lensa kamera yang kurang 'power'...ahha. Kedua, philosophy purist mahu melihat kamera dari level mata manusia kebanyakan. Langit, cuma layak dari mata penciptanya melihat ciptaannya. (Walaupun bukanlah menjadi salah kita merenung mencari tanda keesaannya).

Klang, tiada senja yang romantis.
Tidak seperti senja di Langkawi, di Kuala Sepetang atau mana-mana pantai gred 3 seperti Pantai Remis contohnya..haha.  
Senja Klang adalah senja lesu. Warna-warna penat yang emosinya tetap kekal penat dan kusam...kadang kala masam.
Namun, senja inilah yang kita rindu.
Senja yang cuma dapat dirasakan di Klang dan terkenang bila jauh darinya.

Senja ini dari stesen komuter Klang (pengangkutan Maha lembab di dunia) menanti gerabak lembab untuk ke Seremban di petang Thaipusam. Aku berasak-asak seperti menaiki keretapi di Madras. Harumnya bau cempaka, kunyit dan bawang bila bersatu dengan bau bedak batu.
Arghh.......  2 jam dari Klang ke KL Sentral... luar akal waras.
KTM (Keretapi Terpaling Malas)
Jika sangsi... cuba2lah.

99,946

Kedai Roti Jamhur

Muka Depan Senyum Kerepot


Roti adalah simbolik pada negara jajahan kuasa kolonial.
Roti bukan makanan Melayu bukan juga makanan Benggali
namun.. kemahiran dan warisannya sinonim pada nama Benggali.
Seperti sama jugalah dengan anthem kuih raya yang sebenarnya kita wariskan dari 'cookies' atau 'biscuit' minum petang towkey ladang kolonial lewat seratus tahun dahulu.

Betapa bangganya datuk nenek kita dahulu seandainya
dapat menghirup secawan teh bersama beberapa keping biskut, pai penyek dan kek bengkak sambil-sambil menyilang kaki bersama Tuan-Tuan ladang ini.
Jauh benar perasaannya berbanding kita hari ini yang saban hari berperang antara kalori dan ketagihan teh tarik.

Kedai ini sudah melebihi usia setengah abad.
Pernigaannya masih sama.
Semangatnya masih sama.
Rasanya juga masih sama.. (saya tidak tahu)
Cuma pewarisnya sudah bertukar ganti.

Sebelum kedai ini menguburkan terus resepi puluhan tahunnya.
Kelmarin, masih lagi ada roti-roti potong itu..
bukan lagi 10 sen
bukan lagi 30 sen.
bukan lagi 50 sen.
Sudah mendaki ke harga 160sen.
Masih juga murah untuk bersaing dengan roti berlabel.
Rotinya, roti tanpa label dan tanpa tarikh luput.
Kerana, memori tidak akan luput jika sentimental rasa-rasanya.
Salam Roti Ol'skool cuma di Klang.
Papan Tandanya Jawi di atas Rumi di bawah Tulisan Ah Chong lagi bawah.

Dari pagi ke 9.00 malam Roti-roti menanti.
Jamhur Legasi Jamhur sudah lama mati...Al-Fatihah
99,947

Wednesday, January 19, 2011

Jambatan Pulau Indah Kontenanya gila

Tarik-tarik Bang...

Macam ada goyang...

Ketagihan yang tegar
Latar Keluarga pancing

Kekasihku hanyut ke Lombok

Belajar mancing...baru belajar masak
Kekasih ku masih di Lombok...

Carilah tali pancingnya...

Jeti tanpa jurutera

Jeti jadi pelantar

Luar tanggungan Jurutera

99,951

Tuesday, January 18, 2011

Taman Laguna Lagoon Skandal.?

Belacak panjat kerusi Tuan empat bini. Perabot terpakai untuk di jual sementelah minyak melambung di lambung.

Hujung Teluk ada Taman. Hujung Tanduk ada Kuman. Hujung Tunduk Pada Tuan. 

Jeti memancing yang kadang-kadang hanyir baunya walaupun nyaman anginnya. Mahu hanyir....? atau mahu nyaman..?

Laguna Park adalah Taman Kependudukan yang di naik taraf dari kawasan tebus guna yang dulunya paya. Sebahagian dari kawasan ini menjadi nadi industri dan perniagaan Import eksport bagi Pulau Indah dan Pelabuhan Barat Klang. Kewujudan Laguna Park secara tidak langsung mempengaruhi kenaikan harga tanah persisir Teluk ini yang mengalir terus ke laut lepas. Itu...cerita dulu.....!!
Cerita barunya, ramai yang fobia selepas tsunami. Ramai yang fobia dengan sebarang kemungkinan kemasukan PATI dari jalan air. Ramai yang fobia dengan pendaratan Lanun rokok dan belacan smuggle (ahaks). Ramai yang rungsing dengan jelmaan misteri yang menggoyangkan kereta-kereta di bawah pokok pada malam hari. Ahahahahaha....
Pergi check-in hotel lah kot.. kalau sangap sangat. Adui....

Laguna Park rungsing dengan skandal-skandal goyang kereta ini. Barangkali mungkin Tsunami mendarat di lamannya... ahhha....

Kepada kaki pancing, Laguna Park adalah pilihan. Lebih selamat, Lebih teratur dan tiada kes pemancing di langgar kontena. Selamat memancing walaupun ikannya kurang rugged. Bukan saya kata, Abang yang memancing itu kata.
Umpan udang dan anak kembung. Pumpun tak layan sangat.... Bukan saya kata juga...
Salam.

99,963
  

SIMPANG SIUR SIMPANG SUIR

Apakah Kedai yang dulu Pernah wujud di sini..? Siapa ingat..?

Kedai Paling Jujur. Ahha...




Siapa tahu kisah langsuir Simpang Empat...?
Ahha...Simpang ini sudah sibuk...
Sudah bertahun-tahun pengunjung gerai MPK Simpang Empat menghirup habuk dari kesibukan pagi, petang, malam, bulan biasa, bulan puasa, bulan terang, berbulan-bulan... arghhh..!!!
Antara Simpang paling sibuk di dunia pernah aku jumpa..

Barangkali LAngsuir itu sudah lari jauh dari kesibukan Simpang Ini. Tak tahan bunyi bising..agaknya.. Ahaks..3x


Hujung bumbungnya rupa 70's... itulah usianya.


99,966

Monday, January 17, 2011

Masjid India, Klang - Jalan Tengku Kelana 2

Kali kedua menggambar rupa masjid ini. Kali ini dari depan Gedung Raja Abdullah berdekatan Balai Bomba dan deretan motor-motor reput yang sudah tidak ketahuan tuan dan puannya.
Kalau dulu...penuh deretan rangka mesin slot kuda di tepi kuarters polis ini. Ahaks...

Gambarnya Gambar gugup..
99,969

Kebun Sawit Kebun Angkasa Kebun Cahaya

Dulu... sini cuma ladang sawit Estet Ayer Kuning..yang penghuninya majoriti hitam-hitam. Bukanlah kuning yer...
Kesannya masih kekal ada dari kuil dan bengkel motor di persimpangan masuk ke Seksyen 7, Shah Alam hari ini. Juga, minoriti perkampungan India di seberang jalannya merentas Tol Sungai Rasa dengan jejambat sikal di atasnya. Sawit sudah tumbang.. sudah bertahun rebahnya. Permandangan itu sudah lama hilang dan memori kita.

Selepasnya, pernah ada Kebun Angkasa dengan Gudang Pameran SUMUR CITY Aerospace di atas bukit itu. Tiket pelajarnya RM 10.00 pada waktu itu. Mungkin ada antara anda yang pernah ke sana melihat model apollo, batu dari bulan, batu angkasa, suit Sheikh Muzaffar (ahaks... ala-ala bukan dia punya), melihat model planet dan macam-macam ceritanya dari atas bukit itu.

Selepasnya tutup planet angkasa bertukar ke Planet Perabot. Mungkin perabot rumah anda pernah menetap di showroom dari atas bukit itu. Gudang Perabotnya juga rebah setelah bertahun menetap di atas bukit sana melihat Klang mundar mandir di Lebuhraya.

Hari ini, semuanya bertukar kepada Kebun Cahaya. Tanahnya di Klang. Alamat dan satu dari pintu masuknya di Shah Alam. ICT perlu menjadi cerita warga Klang. Sejarah lamanya milik Tanah Klang. Salam.








99,970
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...