> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Wednesday, December 8, 2010

Mungkin Esok Kali

Kelajuannya 80km dari dalam kereta cinta SMART for 2 aku.
Pokok ini baru sahaja berdaftar sebagai pokok krisis dalam firasat akulah.
Kelmarin dulu (berbulan2 lalu) masih cantik jambul Rozmeynya.
Hari ini sudah gondol semacam pokok dalam cereka seram.
Terlewat mendapat rawatan YUN-NAM landskap MPK
atau sudah terlalu kritikal untuk ke wad kimoterapi Hospital pakar pokok MPK.
Hari ini masih ada pada yg mahu menonton sebelum masa rebahnya.
Barangkali esok..sudah tamat jangka hayat tegak.
Jangan sahaja esok berbaring di atas Alphard G yang lalu-lalu untuk pandu uji.
Kuburkan sahaja di kejiranan 1Malaysia di sebelah belakangnya.
Dari HTAR menuju ke bulatan yang paling "rajin" anggota trafiknya.
di kiri Sekolah STAR.
Pandang kanan dan lambaikan lah  salam perpisahan istimewa.

Entah berapa banyak nama macha dan minachi mengikat cinta bertatoo dibadannya.
Mungkin esok ...mungkin lusa....tatoo cinta jadi abu dan habuk kayu.

99,985

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...