> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Wednesday, December 8, 2010

GaK-CrowDless

Klang epik simbol The Crow.
Bukan Brandon Lee yang tumbang dek peluru kapur palsu dan bukan adik-adik sepupu Sheryl Crow country ladies. Atau... Aliester Crowly si bapak Setan.
Gagak Klang sudah tak bermusim. Mereka sudah tidak se'rugged' Klang mudaku.
 Seperti Korus choir mereka sepuluh tahun lalu.
Sudah tiada intro cinta petang hari.
Atau..bonus-bonus hampa di atas bumbung kereta (mungkin juga kepala).
Mungkin kerana banyaknya pokok-pokok tegap yang sudah jadi rumah-rumah kos ORANG KAYA sekitar bandarnya.

Mana mahu bertenggek...? Di puncak Chi-Liung atau celah-celah dinding telus The Store....
Marilah lepak Jusco Bukit TInggi Cik GAK.
Kita menyanyi lagu cinta Toyol dan rumah Puaka.

Foto: HARINetto - Gerai Pak Wan Kampung Kuantan.
99,986

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...