> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Wednesday, December 8, 2010

"Malam ni Abang nak pergi Disko"


Suami:
Baju abang dah gosok Pah....?
Isteri: Dah... 6 almari punya baju saya dah gosok Bang... baju tu jugaklah yang Abang pakai.
Suami: Spek mata Elvis tu mana Pah..?
Isteri: Udah..berzaman saya tak nampak..benda tu. Nak dibuat apanya..dengan spek mata ni.....
Suami: Abang ingat.... Malam ni Abang nak pergi Disko....
Isteri: Haih....udoh-udoh lah bang... tak ada saper nak menghantarnyer....Saya nak duduk rumah diam-diam jer.
Suami: Abang bawaklah kereta ni....
Isteri: Selama ini saya yang bawak kereta ni. Awak tu..bukan nya tahu nak bawak kereta ni...
Suami: Abang naik teksi jer..sampai sana adalah orang yang membawaknya...
Isteri: Usoh lah mengada....duduk jer diam-diam kat sini.
Suami: Awak..tolong kiwikan kasut tumit saya tu...saya nak pergi jugak malam ni...
Isteri: Nyanyok ker apa orang tua ni.... 
kaki palsu awak dah bertahun tak berpakai...nak berkasut apanyer ?
Suami: Hmmm.....awak tolaklah saya masuk dalam...nak layan wrestling astro.
Isteri: Kan..aku jugak yang membawak kereta ni...tadi nak dok luar sangat.

dan....Engkau juga tak kan mampu bertahan dengan hambatan sosial masa.
Roboh sahajalah jika tiada yang menjaganya. Atau...hidup terus jika ada pakar susuknya.
Jangan pakai susuk....
Terus ke Klang Sentral..sederet warga tua ini lesu dan monyok di hambat masa.
Bukan zamannya.

as request: do read my perceptual critics on Boundaries of  City Expansion.
The crucial problem for the people even the building itself in the Third World is simple survival.
In order to optimize we had been impressed without benefit of conserving.
Consume nature to brief future.
99,984

3 comments:

  1. Jagalah benda2 lama ni... sebab dia takkan mampu bertahan dengan benda2 baru bila sampai masanya.
    Kalau di tempuh juga alamat tumbang ke bumi moral dan nyawanya.

    macam kita jaga org-org tua.....yang dah tak larat.

    Ibaratnya sebegitu lah...

    ReplyDelete
  2. haha..peraliran zaman......
    dari berkereta sampai berkerusi roda.....
    yg dlu nya indah kini sudah usang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...