> 100,000 keping HAJAT

Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.

click:s

>

Monday, February 21, 2011

WARTA KLANG

KLANG 22 Feb : 12.30 pm.  Maka berbondong-bondonglah warga Pasar Borong Port Klang menutupi jalan di mana berlakunya kejadian. Menurut saksi iaitu Saya yang baru sahaja pulang dari membuat IC sementara yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga mungkin bertanya pada seorang saksi lain berkata lori itu dipandu agak laju menyusur kesesakan di bawah jambatan suram itu menuju ke lampu isyarat di hadapan Bank RHB (Sila baca laju-laju ayat ini macam lori itu). Pemandu lori sudah awal-awal lagi memecut lari untuk membuat laporan di Balai Trafik Klang. Saksi kejadian iaitu Saya percaya pemandu tersebut pasti dikenakan bayaran RM 4 untuk salinan report dan gambar.
     Sepasang suami isteri berbangsa India terkorban sewaktu melintas jalan untuk ke seberang. Mungkin juga kerana tersenggol motornya (kata saksi lain yang kurang pasti). Tidak pula kelihatan motor dan serpihan topi keledar mangsa. Menurut saksi iaitu Saya, orang ramai cuma berkerumun tanpa dapat berbuat apa-apa selain daripada memberi komen dan pendapat masing-masing tentang kejadian tersebut. Beberapa orang makcik dan peniaga gerai makan Pasar Borong cuma mampu menutup mulut dan memejam mata sambil menyebut eeeeeeee beramai-ramai. Beberapa ekor macha seluar kaki besar kelihatan pulang pergi semacam sibuk ala-ala tonto. 
     Kenderaan dari arah Pulau Indah terpaksa membelok ke sisi pasar borong kerana jalan tidak boleh di lalui yang dipenuhi oleh warga Klang yang prihatin. Sementara menunggu ambulan tiba, saksi yang sama iaitu Saya cuba menenangkan salah seorang waris mangsa yang dipercayai ibu kepada wanita tersebut. Menurut saksi lagi iaitu Saya, sepatah haram tiada yang dapat difahami kerana waris mangsa menggunakan bahasa ibundanya yang berbelit-belit. Beberapa ekor macha seluar besar dan rambut highlight cuba mententeramkan waris tersebut menggunakan bahasa yang sama. Tiada saksi lain yang faham apa perbualannya termasuk apek ikan yang berdiri di sebelah saksi iaitu Saya.
      Ambulan pertama (JPA) tiba di lokasi selepas 20 minit berlaku kejadian dengan disusuli ambulan kedua Saint John disertai seorang Peronda trafik yang mula menjaga lalu lintas yang semakin sesak. Anggota trafik tersebut memakai kaca mata ala-ala Rosyam Nor dengan saiz perut agak gawat sambil bermain mata dengan beberapa gadis Indonesia yang juga menyebut eeeeeeeeeee. 
      Mayat kedua-dua mangsa di angkat ke atas pengusung dengan bantuan orang ramai selepas paramedik mengesahkan kematian mereka. Menurut saksi lagi iaitu Saya (yang terlupa membawa kamera), JPN memang hampas kerana menukar pejabat  pendaftaran lama di Terminal Bas Port Klang ke hadapan Pasar Borong Jalan Sg Aur tanpa memaklumkan kepada saya yang rabun ini. Cuma notis kecil saiz A4 di pintu lamanya. Buat lah banner JPN oi...... Kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Lighter seorang saksi iaitu SAYA tercicir pada seorang pakcik berkopiah dengan misai putih. Hmmm... beli yang barulah. 
    

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...