> 100,000 keping HAJAT
Satu lagi projek Mega mengumpul sudut sorok Bandar Klang KU yang rugged seadanya. Dari petak kecil kamera bagi dikongsi sama masyarakat manusia yang tinggal, pernah tinggal, pernah melawat dan pernah meneroka isi perut bandar sesak ini. Fizikal cantik, unik, kotor (barangkali) , busuk (agar wangi kelak) atau apa sahaja yang senada denganya berkumpul di sini untuk kita cerap kisah-kisahnya. Menjemput semua angkatan Rakyat Klang bersatu mendasari wajah-wajah Klang dari perspektif sunyinya. Terima Kasih Klang Terima Kasih rakyat Blog KU.
click:s
>
berita
(2)
cult
(12)
hantu Klang
(1)
LUPUS
(1)
makan
(2)
Masjid
(3)
news
(2)
no-petrol
(5)
pancing-pancing
(4)
pening
(2)
people
(4)
perspektiflogi
(8)
sejarah
(6)
SEKOLah Lama
(2)
Thursday, February 24, 2011
Satu haRi di Tadika
Tuesday, February 22, 2011
ASAL USUL NAMA PENDAMAR
Arakian.... maka tersebutlah kisah yang dikisahkan orang ratusan tahun dahulu. Waktu itu masih tiada lagi Facebook, blog dan kenaikan petrol melampau. Dikhabarkan orang akan aman dan damainya Klang pada masa itu. Masih tiada lembu sesat melintas di tengah jalan juga masih hutan tapak Jaya Jusco itu.
Tersebutlah kisah akan sebatang sungai yang penuh kayu bakaunya. Di bina orang pondok dan baruh untuk berteduh dari sebuah ke sebuah hingga berkampung lah akan anak-anak mereka itu dan bercucu cicitlah mereka lama sebelum PKFZ di siasat Suruhanjaya.
Amanlah sungainya tanpa sampah dan bayi hanyut kala itu. Bersih dan banyak pencarian lautnya. Dari kampung itu berkelanalah lelaki-lelakinya ke pintu laut mencari hasil untuk di bawa pulang. Di raih orang untuk ke pasar. Di tukarkan dengan beras, baju dan barang yang kira perlu oleh rumahnya.
Di katakan orang. Di sungai inilah mereka bertambat sampan dan membersih teritip. Maka, ramailah akan Tukangnya waktu itu yang mahir membaiki dan mengimbang sampan. Ada yang mahir menjahit jaring. Ada yang mahir membikin cincin jala. Ada yang mahir bertukang bagai. Namun... tiada pulalah ramai yang mahir menDAMAR kolek dan sampan.
Dari sungai itulah berpusu orang menDAMAR kolek sampan yang bocor di makan laut dan teritip. Ramai jugalah yang datang menDAMAR kayu jika berganti papan. Berpuluh tahun kolek dan sampan mereka di DAMAR orang di sini.
Itulah asalnya. Itulah namanya.
DAMAR - getah dari pokok yang diguna untuk menampal/menutup.
PENDAMAR - Tukang tampal
PENDAMARAN - Telah ditampal Tukang

Monday, February 21, 2011
WARTA KLANG
KLANG 22 Feb : 12.30 pm. Maka berbondong-bondonglah warga Pasar Borong Port Klang menutupi jalan di mana berlakunya kejadian. Menurut saksi iaitu Saya yang baru sahaja pulang dari membuat IC sementara yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga bertanya pada seorang saksi lain yang juga mungkin bertanya pada seorang saksi lain berkata lori itu dipandu agak laju menyusur kesesakan di bawah jambatan suram itu menuju ke lampu isyarat di hadapan Bank RHB (Sila baca laju-laju ayat ini macam lori itu). Pemandu lori sudah awal-awal lagi memecut lari untuk membuat laporan di Balai Trafik Klang. Saksi kejadian iaitu Saya percaya pemandu tersebut pasti dikenakan bayaran RM 4 untuk salinan report dan gambar.
Sepasang suami isteri berbangsa India terkorban sewaktu melintas jalan untuk ke seberang. Mungkin juga kerana tersenggol motornya (kata saksi lain yang kurang pasti). Tidak pula kelihatan motor dan serpihan topi keledar mangsa. Menurut saksi iaitu Saya, orang ramai cuma berkerumun tanpa dapat berbuat apa-apa selain daripada memberi komen dan pendapat masing-masing tentang kejadian tersebut. Beberapa orang makcik dan peniaga gerai makan Pasar Borong cuma mampu menutup mulut dan memejam mata sambil menyebut eeeeeeee beramai-ramai. Beberapa ekor macha seluar kaki besar kelihatan pulang pergi semacam sibuk ala-ala tonto.
Kenderaan dari arah Pulau Indah terpaksa membelok ke sisi pasar borong kerana jalan tidak boleh di lalui yang dipenuhi oleh warga Klang yang prihatin. Sementara menunggu ambulan tiba, saksi yang sama iaitu Saya cuba menenangkan salah seorang waris mangsa yang dipercayai ibu kepada wanita tersebut. Menurut saksi lagi iaitu Saya, sepatah haram tiada yang dapat difahami kerana waris mangsa menggunakan bahasa ibundanya yang berbelit-belit. Beberapa ekor macha seluar besar dan rambut highlight cuba mententeramkan waris tersebut menggunakan bahasa yang sama. Tiada saksi lain yang faham apa perbualannya termasuk apek ikan yang berdiri di sebelah saksi iaitu Saya.
Ambulan pertama (JPA) tiba di lokasi selepas 20 minit berlaku kejadian dengan disusuli ambulan kedua Saint John disertai seorang Peronda trafik yang mula menjaga lalu lintas yang semakin sesak. Anggota trafik tersebut memakai kaca mata ala-ala Rosyam Nor dengan saiz perut agak gawat sambil bermain mata dengan beberapa gadis Indonesia yang juga menyebut eeeeeeeeeee.
Mayat kedua-dua mangsa di angkat ke atas pengusung dengan bantuan orang ramai selepas paramedik mengesahkan kematian mereka. Menurut saksi lagi iaitu Saya (yang terlupa membawa kamera), JPN memang hampas kerana menukar pejabat pendaftaran lama di Terminal Bas Port Klang ke hadapan Pasar Borong Jalan Sg Aur tanpa memaklumkan kepada saya yang rabun ini. Cuma notis kecil saiz A4 di pintu lamanya. Buat lah banner JPN oi...... Kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Lighter seorang saksi iaitu SAYA tercicir pada seorang pakcik berkopiah dengan misai putih. Hmmm... beli yang barulah.

Sunday, February 20, 2011
Tanjung Harapan 2
Javanese Village
Tuesday, February 15, 2011
Jambatan Memancing Terlarang
Monday, February 14, 2011
P-E rakyat Klang
Saya suka begini |
erkk |
Gong Xi Fat Chai saudara roket |
Woooooo........woooooooo........waaaaaaaa....... |
jangan candid please... |
Sunday, February 13, 2011
MAIN jambatan
Sunday, February 6, 2011
Chic' A wing or Chicken Wing
Galeri Di Raja Klang
Wednesday, February 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)